Aku tak tahu lah apa yang nak buat sekarang ni. Masalah bila datang bukan satu - satu tapi serentak 3 masalah besar sekali. Sampai tahap bila fikir je semua masalah ni rasa macam nak bernafas pun susah. Nak memikir cara terbaik nak selesaikan semua benda ni. Kalau aku give up maknanya aku lemah. Sangat lemah sebab tuhan tak kan bagi dugaan pada hamba dia pada kadar yang hamba dia tak mampu tanggung. Kata - kata ni je lah yang buat aku nak hadap jugak dengan masalah - masalah ni. Dengan harapan Dia akan tolong aku dengan sebaik mungkin. Aku tau aku bukanlah orang yang baik yang bila doa terus makbul. Aku buat salah dan silap. Tapi kali ni aku cuba berubah dan aku harap sokongan. Tapi setakat ni tak ada siapa pun yang ada bila aku nak kan pertolongan. Aku cuba buat dengan sorang diri dengan aku yakin Dia tengah pandang aku. Tengok usaha aku. Tapi kalau Dia dah tak pandang aku. Aku harap malaikat izrail datang ambil nyawa aku.