Tuesday, November 8, 2011

Mid term break..ahah

well assalamualaikum!

sorie lambat update. Macam yang dah selalu cakap. Sejak masuk degree ni busy sikit so tak dapat nak update-update banyak-banyak kali. So hari ni dah sampai cuti hari yang ke-3. Ada lagi 6 hari nak rewang-rewang. Hopefully sempat nak settle kan semua benda yang patut disettle-kan masa cuti ni. Firsy of all mesti lah nak jumpa orang rumah. Since dah dekat sebulan tak jumpa then elok pulak minggu ni dia berhenti kerja. So elok sangat lah nak jumpa. Second, nak settle hal biasiswa JPA. Banyak jugak nak kena print, sign, isi itu ini, Hopefully sempat.

Minggu before cuti minggu yang agak killer lah bagi aku. Time tu lah assignment masuk macam air, nak prepare untuk mid sem punya test lagi, presentation. Tapi as usual. Cuti tetap cuti. Dok belajar je tiap-tiap hari naik benak gak otak aku ni. So dalam hari sabtu and ahad nanti aku start lah study physico and eco *harapan hahah. Minggu before cuti jugak lah ada lab pharmacy practice. Masa mula-mula aku dengar nama subjek ni aku ingat subjek ni subjek paling bosan. Sebab awal-awal belajar macam mana nak jadi pharmacist. Lebih kurang macam tatatertib seorang pharmacist. Dah sah-sah lah bosan an kalo camtu. Sekali masuk lab amik kau. Prepare 3 preparation, siapkan 3 lab report, buat calculation, buat label dalam masa 3 jam. Tunggang langgang lab kitorang woii. Nak tanya apa- apa kat member pun member tak nak layan. Karang dia punya pulak tak siap. So memang kena prepare kan diri habis-habisan before masuk lab tu.

Setakat ni test mid term yang dah settle just 2 subjek. First organic chemistry and lagi satu anatomy and physiolagy. Result pun dah dapat and yang aku boleh cakap just alhamdulillah. Aku tak expect pun untuk result macam tu. Untuk organic aku dapat 'B' and anatomy aku dapat 77.33%. Kira ok la tu bagi first punya test. Lepas cuti ni ada lagi test untuk subjek-subjek lain and yang test betul-betul lepas cuti subjek physico, dengan eco. Pharmacy practice minggu lepas-lepas tu kot. Harap sempat nak cover semua.

No comments: