Tuesday, August 21, 2012

Celaru

Aku tak tahu lah apa yang nak buat sekarang ni. Masalah bila datang bukan satu - satu tapi serentak 3 masalah besar sekali. Sampai tahap bila fikir je semua masalah ni rasa macam nak bernafas pun susah. Nak memikir cara terbaik nak selesaikan semua benda ni. Kalau aku give up maknanya aku lemah. Sangat lemah sebab tuhan tak kan bagi dugaan pada hamba dia pada kadar yang hamba dia tak mampu tanggung. Kata - kata ni je lah yang buat aku nak hadap jugak dengan masalah - masalah ni. Dengan harapan Dia akan tolong aku dengan sebaik mungkin. Aku tau aku bukanlah orang yang baik yang bila doa terus makbul. Aku buat salah dan silap. Tapi kali ni aku cuba berubah dan aku harap sokongan. Tapi setakat ni tak ada siapa pun yang ada bila aku nak kan pertolongan. Aku cuba buat dengan sorang diri dengan aku yakin Dia tengah pandang aku. Tengok usaha aku. Tapi kalau Dia dah tak pandang aku. Aku harap malaikat izrail datang ambil nyawa aku.

Wednesday, July 18, 2012

Aku sudah bebas nye pun haktuih!

Yes!. Yes!. Yes!.. Saat yang paling di idam idamkan dah tiba.. it's holidayyyyyyyyyyyy!!!!!!. Finally berjaya menghabiskan first year. Dengan semester 2 ni yang memang gila. So lega gila sebab dah berjaya habiskan sem ni.

Pasal exam secara keseluruhannya aku boleh cakap aku just puas hati dengan 4 paper je..yup!..4 out of 7..means 3 paper aku lingkup..aaaannnnnddddd 3 paper tu ialah Biochemistry, Organic chemistry dengan Biostatistic and calculus. 3 subjek ni memang agak meenyedihkan la aku jawab. Siap boleh termenung lagi time jawab. 4 paper yang ok tu boleh cakap aku jawab sampai sakit tangan lah. Dah lah tangan aku cepat berpeluh lagi-lagi time nervous and sejuk. So almost basah juga lah kertas jawapan aku tu.

Paper last aku untuk exam kali ni paper biostatistic*boleh bayang tak tahap kecewa bila paper last buat hal?*sigh. Habis je paper biostatistic pukul 4.15 petang aku direct balik rumah sewa. budak-budak lain ada yang pegi makan and bola tampar. Actually aku puasa hari tu and don't get me wrong. Aku puasa nazar so memang boleh lah kan even dah lepas 15 syaaban. Balik then main game kejap. Habis main game terus tidur. Berat rasa kepala.

Malam tu aku berbuka air kosong je. Ingat nak pegi beli makan kat medan tapi aku dengan budak-budak ni dah plan nak pegi steamboat kat kuang. So kira kalau aku tak makan boleh prepare perut lah nak melantak nanti.

Kitorang gerak dari puncak alam pegi kuang dalam pukul 11.00 malam. Tu pun lambat sebab tunggu budak-budak yang pegi practice untuk persembahan time NoGaps nanti. Then tatkala sampai kat sana tak ramai orang pun. Selalu nya ramai tahap dewa. Maybe kitorang pun dah sampai lambat and keesokan nya pulak dah hari isnin so reamai yang dah balik la kot. So kitorang enjoy lah makan macam esok nikmat makan dah nak kena tarik.

Lepas steamboat semua ajak pegi kolam air panas kat selayang. Since aku pun tak penah lagi pegi sana so better lah pegi.. Dapat lah jugak merasa macam mana kolam air panas. Memang best aku cakap. Siap berendam bagai. kat sana ada 3 kolam and setiap kolam ada berbeza tahap kepanasan dia. Ynag kira boleh berendam kolam yang first je. Kolam ke 2 dah sederhana panas and kolam ke 3 tak ada sape-sape usik pun. Sebab paling panas. Air sampai jernih gila sebab tak terusik langsung. Lepas kolam air panas semua balik since semua dah penat. Balik rumah sewa pun dah pukul 4.30 pagi.

actually aku ada nak cite lagi satu ceritera. Tapi aku pun macam dah penat dah ni..so later aku cite.. bye!

Tuesday, July 10, 2012

Awesome

Do you guys know bila saat paling awesome?.The moment of awesome-ness is bila kau study untuk paper gila syaitan punya malas..baca apa yang kau agak-agak boleh masuk je..then finally bila bukak paper exam apa yang kau baca je yang dia tanya..

Alhamdulillah. Aku baru habis paper MGT 417 tadi. Satu-satu subjek elektif yang aku tak tahu atas sebab musabab apa aku kena belajar. Subjek yang tak ada kaitan langsung dengan kos aku. Korang bayang kan. Nak jadi pharmacist. Tapi belajar pasal information technology. I cannot brain this. Tapi paper tadi aku agak puas hati lah aku jawab even ada je part aku goreng tahap dewa. Selagi ada point yang logik aku tabur.

Setakat ni aku dah settle 5 paper. Ada lagi 2 paper before cuti semester break. Bila dah sampai dekat-dekat nak cuti ni memang mood nak study tu melayang layang lah pergi. Yang ada nye pun mood nak tengok movie, tidur, lepak. tangan pun dah jadi allergic kat notes. Tak boleh pegang lama-lama.

Sekarang ni pun aku dok sakit kepala. nak tidur dah. Tapi macam tak boleh sangat. Maybe kena amik ubat pelali aka notes pharmaco sikit kot. Yup..may next paper is pharmaco yang ade berbelas notes nak kena habiskan. Actually pharmaco ni menarik au. Sebab belaja dari bentuk ubat yang masuk dalam badan sampai lah kau excrete ubat tu. Sampai tahap kalau aku makan panadol tu boleh bayang apa ubat tu akan jadi nanti. Tang mana ubat tu undergo metabolism. Tang mana dia keluar dari badan. something yang memang rare nak belajar tapi tak rare untuk student farmasi.

Thursday, July 5, 2012

Serabut

Macam baru keluar dari gua...memang dah lama gila dah tak update blog...bukan blog ni je yang xupdate..blog - blog lain pun sama..tak tahu lah kenapa mood nak update tu hilang mendadak gila.

So sekarang ni actually aku tengah 'examination month'..yup..month..exam aku amik masa sebulan nak habis..approximate la..plus minus beberapa hari...yang aku boleh cakap sem ni agak gila..register 10 subjek and yang masuk final 7 subjek..boleh nampak ke'gila'an dia kat situ an..even masa first year ni still banyak benda yang basic aku belajar tapi part basic tu adalah dalam 20%..80% lagi benda yang baru..so agak hectic lah hidup sem 2 ni..dengan selingan - selingan lain lagi yang totally merobak masa aku..

Kalau dulu before masuk universiti ramai yang cakap hidup dekat universiti ni tak ada masa..nak study pun kena curi - curi masa..at that time aku tak percaya..tak kan lah dalam sehari tak boleh study langsung...and im barely ingore semua perception tu...tapi bila dah masuk universiti and dah bergelar mahasiswa ni i can admit it..yes..memang tak cukup masa..

Cuba korang bayang...dalam seminggu mesti ada kuiz or test..so for sure nak study an untuk carry mark..*carry mark penting oiii!!...later aku cerita pasal carry mark...

Then study lah untuk kuiz or test tu..nampak macam ok dah study satu chapter ni so it shouldn't be a problem bila nak revise balik..tapi honestly bila dah masuk minggu exam semua yang kau baca tu akan automatically hilang..sampai tahap kau tak ingat yang kau ada conteng - conteng kat notes..bila baca je terdetik kat hati..*eh!..aku ada conteng - conteng ni maknayan dah pernah baca..tapi awat tak ingat langsung?..boleh nampak tak tahap kebangangan nya kat situ..*scumbag brain

Tu baru test and kuiz..yang buat tak study nya pengaruh...peh!..aku cakap lah..lagi - lagi since duduk rumah sewa ni..pengaruh and distraction lain banyak and kuat gila..kau bebas nak keluar pukul berapa and balik pukul berapa..nak pegi tengok movie midnight ke..tak ada sapa pun nak bising..nak main game sampai lebam biji mata pun takde sapa nak amik peduli..semua atas kesedaran sendiri..

Life as a degree student reaalllllyy tough..for those yang nak masuk degree tu better be well prepared..or else kau akan hanyut..lagi - lagi bila mentaliti fikir yang bila dah masuk degree for sure lepas ni kerja..lain bila masuk matrik or asasi..ti tu yang korang pikir korang nak kena compete dengan budah lain...so korang study selagi boleh..bila dah degree korang akan rasa yang 90% of your brain is stupidity..true story...


Thursday, February 16, 2012

Next story

Jyeahh!. Berjaya update untuk hari ni *pat my back :D .

Sem 1 hari tu lepas aku balik dari camping kesatria negara, aku check lah akaun bank islam aku. Sekali terpampang satu jumlah wang dalam matawang ringgit malaysia yang banyak gila. Bukan aku menang lottery au. Tapi tu duit biasiswa jpa. Aku tak expect pun masuk sem ni sebab aku kan daftar lambat. So application aku untuk biasiswa ni pun offline. So supposed masuk sem 2. Sebab aku ade dengar ura-ura yang cakap jpa just masuk kan biasiswa sekali satu sem. So for those yang lambat apply kena tunggu sem depan baru dapat. tapi dah rezeki aku. Pegawai jps memang tengah moof baik kot. So diorang masuk kan aku masa sem 1.

A few weeks later aku gerak lah pegi KL. Singgah kejap kat lowyat. Keluar je dari lowyat tetiba ada benda alah ni kat tangan aku.

HTC Evo 3D. Memang puas hati dengan phone ni. My first smartphone.

Specs: Processor 1.2Ghz dualcore
           Memory 1GB
           Display 4.3 inch QHD resolution
           Main camera 5MP * 2
           Front camera 1.3MP
           Wi-Fi 802.11b/g/n
           Bluetooth 3.0
           Android version 2.3.4 akan upgrade to ice cream sandwich by the end of 2012
           HTC Sense version 3.0

Buat masa ni aku still tunggu nak upgrade htc sense dengan android ics.

Wednesday, February 15, 2012

HelloHelloHello

Ngee~~~*sambil lap-lap debu tebal 45 inch. mesti semua reader blog aku ni dah blah an. Lama gila dah aku tak update blog.*sekrol-sekrol bawah..last post November 8, 2011 FTW!! .  ok. So sekarang ni aku tengah cuti semester. Baru habis semester 1. Ada lagi 7 semester.. ==''. 3 tahun setengah lagi baru aku dapat bergelar sebagai seorang Pharmacist. Tak tahu lah either aku boleh survive ke tak untuk lagi 7 sem. Sem 1 pun tunggang langgang. Salah aku sebab aku try guna cara study masa kat matrik and its end up goes haywire. Tidur tak tentu hala. Tidur lepas subuh then bangun before zuhur.*kadang-kadang lepas zuhur .. Nasib baik lah bilik yang aku duduk tu aku duduk sorang. kalau ada roomate mau aku kena maki.

So exam final hari tu yang aku boleh cakap memang hancur. Memang salah aku so aku tak terkejutlah kalau pointer aku nanti teruk yang amat. Kalau dapat 3.00 keatas tu aku dah bersyukur gila lah. So next sem nak kena usaha lebih sikit. Ok tak. Usaha lebih BANYAK. pfftt...

Actually banyak benda nak cerita since lama tak update an. Tapi kalau nak cerita everything dalam satu post memang rosak lah scroller mouse korang nak baca semua. *bajet ada reader je blog aku ni.. 


Haa. nak habaq ni sem depan aku kena duduk luar. No more hostel lepas ni. Puncak Alam tu hostel terakhir aku. Lepas ni duduk pun rumah sewa, rumah mak bapak and tak lama lagi rumah sendiri and orang rumah :D..yang last paling tak sabar So pasal rumah sewa dah settle. Agreement dah settle. Deposit dah bayar. Kunci baru dapat berapa je sebab agent rumah tu silap bawak kunci. So nanti bila free dia kasi kunci yang lebih.


Sem 2 aku start 5 Mac nanti. tak tahu nak describe macam mana perasaan tu. Happy + sedih. happy sebab boleh lepak-lepak dengan member, study, gain some privacy. Sedih pulak sebab lepas ni nak kena menghadap buku tebal-tebal, menghafal,stress tak paham.

By the way orang rumah aku dapat UiTM Shah Alam. Dapat pulak kos yang dia memang nak. Alhamdulillah. Allah makbul jugak doa aku nak tengok dia dapat apa yang dia nak untuk future dia. Satu je lagi yang aku nak untuk future dia. Jadi aku punya future wife. :D

p/s: aku tengok sekarang B.M aku dah makin teruk. Ayat tunggang langgang. Entah korang paham ke tak lah ape yang aku tulis tu.