Do you guys know bila saat paling awesome?.The moment of awesome-ness is bila kau study untuk paper gila syaitan punya malas..baca apa yang kau agak-agak boleh masuk je..then finally bila bukak paper exam apa yang kau baca je yang dia tanya..
Alhamdulillah. Aku baru habis paper MGT 417 tadi. Satu-satu subjek elektif yang aku tak tahu atas sebab musabab apa aku kena belajar. Subjek yang tak ada kaitan langsung dengan kos aku. Korang bayang kan. Nak jadi pharmacist. Tapi belajar pasal information technology. I cannot brain this. Tapi paper tadi aku agak puas hati lah aku jawab even ada je part aku goreng tahap dewa. Selagi ada point yang logik aku tabur.
Setakat ni aku dah settle 5 paper. Ada lagi 2 paper before cuti semester break. Bila dah sampai dekat-dekat nak cuti ni memang mood nak study tu melayang layang lah pergi. Yang ada nye pun mood nak tengok movie, tidur, lepak. tangan pun dah jadi allergic kat notes. Tak boleh pegang lama-lama.
Sekarang ni pun aku dok sakit kepala. nak tidur dah. Tapi macam tak boleh sangat. Maybe kena amik ubat pelali aka notes pharmaco sikit kot. Yup..may next paper is pharmaco yang ade berbelas notes nak kena habiskan. Actually pharmaco ni menarik au. Sebab belaja dari bentuk ubat yang masuk dalam badan sampai lah kau excrete ubat tu. Sampai tahap kalau aku makan panadol tu boleh bayang apa ubat tu akan jadi nanti. Tang mana ubat tu undergo metabolism. Tang mana dia keluar dari badan. something yang memang rare nak belajar tapi tak rare untuk student farmasi.
No comments:
Post a Comment