Assalamualaikum...
First of all aku nak wish Selamat Hari Raya to all muslim keliling dunia. Dalam sekelip mata je bulan ramadhan dah pergi meninggalkan kita. Sebulan kita tahan nafsu bagai then semalam last day untuk semua tu. Annnnnnd syaiton pun dah keluar dah ni haa... So harap dengan amalan kita dalam sebulan dapat la kita istiqamah kan dalam bulan-bulan yang mendatang ni.
So aku sekarang dah ada kat kampung aku kat terengganu. Tahun ni maybe meriah sikit compare tahun-tahun yang lepas sebab ramai sedara aku yang before ni balik rumah parents diorang yang lagi satu balik terengganu. Even agak pack rumah ni dengan budak-budak dok belari sana sini tapi tak kesah lah nak happy sikit time nak raya. Lagi pun kita memang digalakkan nak bergembira masa hari raya just jangan berlebihan sangat.
One of the thing yang agak pelik lah raya tahun ni pasal msg-msg raya. Aku tak tahu kalau korang ada dapat berdozen-dozen msg raya. Tapi setakat ni aku just dapat 2 je. T.T tapi tak kesah lah sebab internet pun dah ada and orang lagi prefer nak wish ikut facebook, twitter,and Google+. FOC lagi tu. So phone aku memang sunyi tak ber-vibrate langsung untuk berapa hari ni.
So aku tak boleh taip banyak sangat. Sekarang ni pun dah pukul 6.58 pagi, first day raya. Aku nak pi mandi-mandi, siap-siap nak pergi masjid.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin sekiranya aku ada buat salah dan silap antara sengaja atau tak sengaja. Kita yang memang tak boleh lari dari kesilapan just dengan memohon maaf harap dapat menjernihkan kembali apa yang keruh. Wassalam. ;)
No comments:
Post a Comment