honestly, mood nak update tak muncul-muncul sejak balik KL hari ahad lepas. Hari ni baru lah start-start rajin kan diri nak cari mood. Cara nak cari mood nak update blog ni senang je. Tekan je new post then tenung 3 or 4 saat, fikir tajuk then terus jari menari-nari. :D. Macam yang tengah jadi kat jari aku sekarang ni lah.
2 or 3 hari lepas twitter dengan facebook dah start sunyi. Ni semua gara-gara ke-ghaib-an mereka-mereka sambung belajar kat ipt. Aku pulak apahal dok boleh merapu-rapu kat sini lagi ni?. T.T. Dah tak dapat mana-mana. Memang cuti aku panjang lagi lah kan.*cubaan sembunyikan perasaan sedih. So sekarang ni aku tengah tunggu result e-rayuan which is maybe keluar 19/9 ni bak kata member aku kat twitter. Selain dari e-rayuan tu aku ada jugak buat direct rayuan dekat fakulti universiti-universiti yang ada. Takde lah semua universiti aku pi hantar surat. Just Uitm, UKM, UMS, Unimas. Direct rayuan ni pun aku minta untuk kos-kos kritikal. Ada yang medik and ada yang farmasi.
Mentality ramai orang bila aku cakap tak dapat mana-mana ipta mesti diorang ingat pointer rendah. Bukak nak cakap aku bagus sangat, pointer aku meletup-letup ke apa. Just mentality macam tu boleh down kan orang tu sendiri au. Sebab benda tu aku rasa sendiri bila mak sedara or sepupu sendiri yang tanya. Karang aku mention pointer aku karang cakap menunjuk pulak. So the thing yang boleh aku buat just diam kan diri and berharap diorang sendiri yang tanya pointer aku berapa. Dengan cara tu je lah baru lah orang tak cop aku sebagai budak menunjuk-nunjuk.
So for you guys, jangan ingat semua orang yang tak dapat mana-mana tu makna nya redult dia teruk. Maybe ada masalah lain masa memohon. macam aku habis SPM dulu aku ada mohon biasiswa Mara. Macam korang tahu syarat kelayakan result SPM nak mohon biasiswa Mara ni macam mana kan. Or ada yang tak tahu tu pi la google or tanya orang lain. Aku layak untuk setiap syarat yang ada and advantage bagi aku masa tu aku graduated dari MRSM. Tapi Mara tak panggil untuk interview langsung. Masa tu pulak aku jadi macam redha and the only ayat yang aku dok ingat kan diri aku just sebab nak sejuk kan hati aku ialah 'Dah takde rezeki, nak buat macam mana'. Padahal aku tak terfikir pun nak buat rayuan untuk biasiswa tu. Peluang tu ada tapi aku lepaskan.
Sampai hari ni aku dok lega kan hati aku just dengan ayat yang sama. Dengan harapan memang betullah bukan rezeki aku and maybe ada rezeki yang lebih baik dari tu yang akan aku dapat masa depan.amin.
So aku harap dari reader-reader blog aku kalau boleh tolong doa kan aku dapat mana-mana under kes rayuan aku ni. Thanks guys :)
2 comments:
SALUTE.
thanks.. :)
Post a Comment