Tuesday, September 27, 2011

New Life :)

Assalamualaikum,

hi guys!. lama dah tak update since daftar masuk uitm puncak alam ni. Internet kat sini alhamdulillah ok. Tapi just macam graf sine. Kejap naik kejap turun. So just kena banyak bersabar je lah. Tapi aku ada jugak usha- usha unternet Yes 4G. Aku baca pamplet dia nampak macam ok. Then member aku kat sini ada promote untuk pegi beli ramai-ramai so boleh dapat murah.

So aku kat sini dah 5 hari. Everything ok setakat ni. Tension tu biasa lah since dah nama pun 'belajar'. And yang buat bertambah tension bila ada program-program lain. Esok ada induksi dengan senior la, dengar cerita hujung minggu ni ada Kemahiran Insaniah. Kalau boleh aku nak tunjuk je sijil K.I aku tu. Tapi tak sure lah pulak boleh dapat exceptional ke tak :/.

Aku kat sini dapat kelas C and yang lega kan hati aku bila ada member matrik aku dulu satu kelas dengan aku. So macam tak jadi masalah sangat lah. Takde lah aku terkapai-kapai kat sini sebab ada member yang boleh guide since aku tak kena MDS. Kat sini jugak first time aku masuk tempat baru and ada member yang dah kenal. Before ni aku masuk MRSM pun aku sorang je wakil dari sekolah bangsar, then masok matrik pun aku sorang. Actually ada yang sama MRSM dengan aku yang masok matrik selangor then sorang-sorang pindah. Ada yang pegi diploma, asasi UIA and KMB. So last tinggal lah aku sorang-sorang jugak. Kat sini baru lah dapat merasa masuk tempat yang ada member yang kenal. Satu kelas pulak tu.

Setakat ni pasal belajar ok lagi. Even lecturer ada yang laju macam lecturer subjek Anatomy and Physiology. Tapi sekarang ni aku tengah cuba nak catch up sebab first kelas Anatomy aku lecturer dah kat chapter 12. Sumpah laju gila. Physico setakat ni lecturer dia best sebab turun naik lecture hall. Banyak aktiviti so tak rasa sangat 2 jam lecture tu. Economi best tapi kena concentrate betul-betul ayat dia then baru boleh dapat apa maksud dia.

Bel aku tak masuk lagi kelas sebab hari tu kelas cancel. Next Bel hari khamis ni. and the good thing to heard of esok hari rabu aku ada kelas CTU je. Tu pun sampai pukul 10.30 pagi je. Then petang esok lah kalo nak busy sikit pun sebab ada induksi dengan senior.

Sorry kat sapa-sapa yang selalu baca blog aku ni tapi aku tak update lama dah. Lepas-lepas ni aku try cari masa untuk update blog ni. :)

Till then!. *aku nak buat keja anatomy jap. Cou! Salam. :)

Wednesday, September 21, 2011

Esok :)

alhamdulillah.. esok aku nak pi daftar dekat uitm puncak alam. hope semua berjalan lancar. Berapa hari lepas memang aku busy gila. 3 hari straight keluar pegi cari barang, pint gambar and settle pasal dokumen pendaftaran.

Hari isnin hari tu aku pegi print gambar, potong rambut, bukak akaun bank islam and bayar yuran terus,beli kasut and pegi layan movie kejap. Johnny english dekat times square. Dapat pulak GSC Maxx.. Memang gedabak besar panggung dia. Aku boleh pulak pilih seat kat betul-betul tengah panggung wayang. Sorang pulak tu and masuk lambat. Memang leceh gila la nak masuk dari tepi sampai tengah-tengah cinema tu. Overall lawak lah jugak movie tu and aku bagi rating 8/10.. Sebab kadang-kadang ada lawak dia yang tak jadi so that thing jadi macam 'awkward moments'.

Hari selasa pulak aku settle hal medical check up kat klinik. Burn RM85 aku. Tapi ok lah sebab takde kena menunggu lama and boleh settle + x-ray result hari tu jugak. Then aku pegi sekolah lama sebab nak mintak pengesahan sijil-sijil. Boleh pulak kerani kat sekolah aku tu mintak salinan asal. Memang aku bawak lah kan semua tu lagi-lagi i.c mak aku.. -.-'' So just end up settle untuk slip MUET je sebab aku bawak sijil yang asal. Aku ingat nak lepak mid valley hari tu tapi silapsebab pegi settle medical check up dulu. Dengan x-ray film yang gedabak tu memang seronok aku bawak kehulu kehilir. So lepas pegi sekolah aku terus balik.

Hari rabu pulak which is tadi aku pegi pejabat lama ayah aku sebab nak settle hal pengesahan. Jumpa member ayah aku terus settle semua. On the way balik aku mintak ayah aku drop aku dekat mid valley kejap sebab nak pegi cari kasut hitam and barang-barang sikit. Dapat lah aku beli kasut dengan belt and masa lepas sampai tu aku pegi pekena double GCB kat McD dulu. Boleh tahan superb jugak lah. Tapi lepas ni maybe aku tak makan dah GCB. Startnak muak dah .Then aku ingat nak grab movie kejap tapi tengok macam dah takde movie yang best je. Lagi pun aku sorang time tu so macam bosan la pulak kalo nak tengok movie.

So setakat sekarang ni banyak dah barang aku dah settle. Borang untuk pendaftaran dah settle, baju dah pack, notes-notes dari matrik pun dah siap kemas. Just tinggal sikit-sikit je lagi nak kasi settle. Pagi nanti settle lah kot.


err..ni barang-barang yang aku nak bawak.. boleh tahan la an.. :D

Thursday, September 15, 2011

Alhamdulillah :)

Syukur ke hadrat Ilahi. Hari ni, 15 September 2011 aku terima nikah 2 tawaran sambung degree. First sekali masa pukul 12.04 tegahari tadi.




2nd aku dapat bila aku check portal uitm pukul 7.25 petang tadi.



*klik dekat gambar untuk lihat dengan lebih jelas.TQ.*

so lepas aku dapat yang ukm tu hati aku dah lega sikit. Tapi dalam masa yang sama still berharap untuk uitm. Finally tengah aku lepak-lepak depan laptop ni terdetik hati aku nak cek portal uitm. Suprisingly, terbentang depan mata surat tawaran ni. Exactly macam yang aku nak. Alhamdulillah. Tu je yang aku boleh cakap masa ni. Tuhan sudi dengar doa aku.

And for you guys yang doa kan untuk aku, seriously aku cakap ribuan, jutaan terima kasih.

Wednesday, September 7, 2011

IPT.

honestly, mood nak update tak muncul-muncul sejak balik KL hari ahad lepas. Hari ni baru lah start-start rajin kan diri nak cari mood. Cara nak cari mood nak update blog ni senang je. Tekan je new post then tenung 3 or 4 saat, fikir tajuk then terus jari menari-nari. :D. Macam yang tengah jadi kat jari aku sekarang ni lah.

2 or 3 hari lepas twitter dengan facebook dah start sunyi. Ni semua gara-gara ke-ghaib-an mereka-mereka sambung belajar kat ipt. Aku pulak apahal dok boleh merapu-rapu kat sini lagi ni?. T.T. Dah tak dapat mana-mana. Memang cuti aku panjang lagi lah kan.*cubaan sembunyikan perasaan sedih. So sekarang ni aku tengah tunggu result e-rayuan which is maybe keluar 19/9 ni bak kata member aku kat twitter. Selain dari e-rayuan tu aku ada jugak buat direct rayuan dekat fakulti universiti-universiti yang ada. Takde lah semua universiti aku pi hantar surat. Just Uitm, UKM, UMS, Unimas. Direct rayuan ni pun aku minta untuk kos-kos kritikal. Ada yang medik and ada yang farmasi.

Mentality ramai orang bila aku cakap tak dapat mana-mana ipta mesti diorang ingat pointer rendah. Bukak nak cakap aku bagus sangat, pointer aku meletup-letup ke apa. Just mentality macam tu boleh down kan orang tu sendiri au. Sebab benda tu aku rasa sendiri bila mak sedara or sepupu sendiri yang tanya. Karang aku mention pointer aku karang cakap menunjuk pulak. So the thing yang boleh aku buat just diam kan diri and berharap diorang sendiri yang tanya pointer aku berapa. Dengan cara tu je lah baru lah orang tak cop aku sebagai budak menunjuk-nunjuk.

So for you guys, jangan ingat semua orang yang tak dapat mana-mana tu makna nya redult dia teruk. Maybe ada masalah lain masa memohon. macam aku habis SPM dulu aku ada mohon biasiswa Mara. Macam korang tahu syarat kelayakan result SPM nak mohon biasiswa Mara ni macam mana kan. Or ada yang tak tahu tu pi la google or tanya orang lain. Aku layak untuk setiap syarat yang ada and advantage bagi aku masa tu aku graduated dari MRSM. Tapi Mara tak panggil untuk interview langsung. Masa tu pulak aku jadi macam redha and the only ayat yang aku dok ingat kan diri aku just sebab nak sejuk kan hati aku ialah 'Dah takde rezeki, nak buat macam mana'. Padahal aku tak terfikir pun nak buat rayuan untuk biasiswa tu. Peluang tu ada tapi aku lepaskan.

Sampai hari ni aku dok lega kan hati aku just dengan ayat yang sama. Dengan harapan memang betullah bukan rezeki aku and maybe ada rezeki yang lebih baik dari tu yang akan aku dapat masa depan.amin.

So aku harap dari reader-reader blog aku kalau boleh tolong doa kan aku dapat mana-mana under kes rayuan aku ni. Thanks guys :)