Hari isnin hari tu aku pegi print gambar, potong rambut, bukak akaun bank islam and bayar yuran terus,beli kasut and pegi layan movie kejap. Johnny english dekat times square. Dapat pulak GSC Maxx.. Memang gedabak besar panggung dia. Aku boleh pulak pilih seat kat betul-betul tengah panggung wayang. Sorang pulak tu and masuk lambat. Memang leceh gila la nak masuk dari tepi sampai tengah-tengah cinema tu. Overall lawak lah jugak movie tu and aku bagi rating 8/10.. Sebab kadang-kadang ada lawak dia yang tak jadi so that thing jadi macam 'awkward moments'.
Hari selasa pulak aku settle hal medical check up kat klinik. Burn RM85 aku. Tapi ok lah sebab takde kena menunggu lama and boleh settle + x-ray result hari tu jugak. Then aku pegi sekolah lama sebab nak mintak pengesahan sijil-sijil. Boleh pulak kerani kat sekolah aku tu mintak salinan asal. Memang aku bawak lah kan semua tu lagi-lagi i.c mak aku.. -.-'' So just end up settle untuk slip MUET je sebab aku bawak sijil yang asal. Aku ingat nak lepak mid valley hari tu tapi silapsebab pegi settle medical check up dulu. Dengan x-ray film yang gedabak tu memang seronok aku bawak kehulu kehilir. So lepas pegi sekolah aku terus balik.
Hari rabu pulak which is tadi aku pegi pejabat lama ayah aku sebab nak settle hal pengesahan. Jumpa member ayah aku terus settle semua. On the way balik aku mintak ayah aku drop aku dekat mid valley kejap sebab nak pegi cari kasut hitam and barang-barang sikit. Dapat lah aku beli kasut dengan belt and masa lepas sampai tu aku pegi pekena double GCB kat McD dulu. Boleh tahan superb jugak lah. Tapi lepas ni maybe aku tak makan dah GCB. Startnak muak dah .Then aku ingat nak grab movie kejap tapi tengok macam dah takde movie yang best je. Lagi pun aku sorang time tu so macam bosan la pulak kalo nak tengok movie.
So setakat sekarang ni banyak dah barang aku dah settle. Borang untuk pendaftaran dah settle, baju dah pack, notes-notes dari matrik pun dah siap kemas. Just tinggal sikit-sikit je lagi nak kasi settle. Pagi nanti settle lah kot.
err..ni barang-barang yang aku nak bawak.. boleh tahan la an.. :D

No comments:
Post a Comment