hi! and assalamualaikum! :)
Currently still di puncak alam. Setakat ni still boleh survive kat sini + degrees life. Memang betul orang cakap yang degrees life ni mencabar. Seriously, mencabar. Everything kena buat sendiri. Lecturer just macam guide je and the rest buat sendiri. Dengan core subjek + minor subject. Koku lagi. Quite pack lah life style kat sini.
Setakat hari ni aku dah settle test organic chemistry which is constribute for about 30% dari keseluruhan penilaian untuk sem 1 ni, kuiz anatomy yang memang selalu menghampakan. comment aku just boleh cakap tunggu je lah result nanti.
Awal minggu ni aku macam kelam kelibut sikit especially bila dapat tahu last minute pasal test organic. Dah lah aku daftar lambat dulu. So a few lecture aku tertinggal. Nak catch-up benda yang tertinggal + benda yang belajar sekarang ni pun tunggang langgang. So aku rush gila settle kan baca organic sebab lepas tu aku nak baca anatomy pulak. Kerja economics pun ada. Nak fotostat past year question, print validation slip lagi. Memang tak tentu arah aku kat sini.
Then aku try settle kan satu-satu. First niat kan dalam hati 'Jangan Bertangguh'. Bila dah nampak kedai fotostat bukak terus pi ambik pendrive dengan past year question. Settle kan terus. Then aku settle kan case study eco malam tu jugak. Dah lah aku sorang je yang tak de buku eco. Dok pulak blok A2 ni sorang-sorang diri. Terpaksa lah aku menapak pegi A4 sebab nak refer buku. So alhamdulillah selepas berhempas pulas settle lah jugak kerja eco. Malam tu jugak ingat nak study anatomy tapi dah penat gila last-last aku terlelap terus.
Sampai kan nak text dengan orang rumah pun terpaksa bagitau nak ada kuiz so kena study. Agak serba salah sebab terpaksa stop mesej macam tu je. Tapi yang best nye hari ni aku free!!!. takde keje nak kena settle kan, malam ni boleh lepak-lepak sikit. Maybe nak focus more to anatomy sebab next week ada test anatomy pulak. So untuk mengelakkan diri ni stress which may lead to suppression of my immune system *ilmu dari matrik aku decide malam ni nak text or lagi bagus skype dengan orang rumah. Badan ni nak rest jugak beb. Tak nak lah pressure je tiap masa.
Till then bye! ;)
3 comments:
Orang rumah ea. Huhu. :D
aiceh..org rumah tu tak tahan....
haha...xmen da awek2..tu zaman skola..skang dah besa..pnggil org rumah la.. ;D
Post a Comment